Total Pageviews

Pengenalan

Pengenalan
Sedang dalam rangka penerbitan

iM PRIHATIN Sentuhan Jiwa Murni

iM PRIHATIN Sentuhan Jiwa Murni

Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan iM PRIHATIN

Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan iM PRIHATIN
Teraju Utama disebalik pembikin teater yang berkaitan dengan gejala sosial remaja

Mesyuarat Teknikal Teater Medley Abang Abang Oh Abang

Mesyuarat Teknikal Teater Medley Abang Abang Oh Abang
Diantara barisan Tenaga Produksi yang akan menjayakan teater berkaitan gejala sosial

Book's Cover Page

Book's Cover Page
Lagu ciptaan S. Atan untuk iM Prihatin

Tajaan dan Sumbangan

Tajaan dan Sumbangan
iM Prihatin : Demi Visi dan Misi Matlamat Penerbitan buku Yang Buas Terbuang Terbiar

Maklumat penerbit

Maklumat penerbit
antara koleksi yang bakal diterbitkan di masa hadapan

Koleksi buku-buku penerbitan

Koleksi buku-buku penerbitan
terbitan Various Channels Communications

Wawancara

Wawancara
Wawancara di Astro Prima

Thursday, November 18, 2010

SAJAK : YANG NAMANYA MAMA

Mama
kalau aku asalnya dari rasa cinta
mengapa di situ aku di letakkan.
Berteman lalat, ulat, lipas, semut, sampah, tahi

Mama
Kalau aku ini asalnya dari nafas cinta
mengapa di situ aku di campak.
Bersama Busuk, kotor, hanyir, kepam, jijik loya

Mama
kalaulah aku ini namanya cinta
mengapa di situ aku di buang.
Bawah jambatan, longkang, tong sampah, lubang tandas
semak samun, tepi jalan

Mama, Mama, Mama
aku mahu punya nama
aku mahu punya cita-cita
aku mahu ada nyawa
aku mahu ada rasa
aku mahu ada cinta

Kalau kau beri aku sedikit ruang
sedikit peluang
aku akan bangkit berjuang
aku akan pergi berperang
aku akan tendang terajang
kepada sesiapa pun yang menentang
kepada sesiapa pun yang melarang
kepada sesiapa pun yang hanya tahu memandang

Tapi Ma,
kau tidak beri aku itu
kau tidak beri aku waktu

Jangan risau Mama
aku ada bersama Dia
yang terima aku kurang-lebih nya
yang menjaga aku di syurga
yang beritahu aku apa makna cinta

Buat Mama-mama
berhentilah menjaja cinta
berhentilah menjadi pendosa.

Nukilan:  Fazleena Hishamuddin

No comments: