iM Prhatin telah pun menerima respon daripada Syarikat Petronas Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia untuk mengetahui perjalanan dan hala tuju iM Prihatin di dalam program kesedaran masyarakat tentang isu Gejala Sosial masakini, Warga iM Prihatin mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan dan kerjasama bagi daripada badan-badan berkenaan.
Untuk makluman semua, iM Prihatin masih terus giat menjalankan strategi untuk mencari lebih banyak penajaan untuk merealisasikan program yang akan dilaksanakan ini. bukan sesuatu yang mudah dan senang untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti ini, dugaan dan cabaran sentiasa dihadapi oleh kami untuk merealisasikan perkara ini, namun ianya tidak menjadikan warga iM Prihatin lemah dan kami sentiasa akan teruskan misi dan visi yang telah dicapai bersama.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada persatuan-persatuan, syarikat-syarikat dan individu-individu yang senantiasa memberikan sokongan moral dan kerjasama dari segi penajaan dan sumbangan kepada kami untuk bergerak bersama melalui tiga (3) elemen iaitu Penerbitan Buku YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR (Buku 3B), Pementasan Teater Medley ABANG, ABANG OH ABANG dan Bengkel Kesedaran SEX & ANDA.
iM Prihatin
d/a Pejabat Koperasi Pekan Rabu Johor Bahru Berhad
Tingkat Bawah, Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru
Batu 6, 81200 Tampoi, Johor Bahru
Tel & Fax : 07-232 1223
atau
En. Muhamed Ali bin Mohamed Munji (BJ)
016-719 4419