Total Pageviews

Pengenalan

Pengenalan
Sedang dalam rangka penerbitan

iM PRIHATIN Sentuhan Jiwa Murni

iM PRIHATIN Sentuhan Jiwa Murni

Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan iM PRIHATIN

Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan iM PRIHATIN
Teraju Utama disebalik pembikin teater yang berkaitan dengan gejala sosial remaja

Mesyuarat Teknikal Teater Medley Abang Abang Oh Abang

Mesyuarat Teknikal Teater Medley Abang Abang Oh Abang
Diantara barisan Tenaga Produksi yang akan menjayakan teater berkaitan gejala sosial

Book's Cover Page

Book's Cover Page
Lagu ciptaan S. Atan untuk iM Prihatin

Tajaan dan Sumbangan

Tajaan dan Sumbangan
iM Prihatin : Demi Visi dan Misi Matlamat Penerbitan buku Yang Buas Terbuang Terbiar

Maklumat penerbit

Maklumat penerbit
antara koleksi yang bakal diterbitkan di masa hadapan

Koleksi buku-buku penerbitan

Koleksi buku-buku penerbitan
terbitan Various Channels Communications

Wawancara

Wawancara
Wawancara di Astro Prima

Thursday, December 30, 2010

THE BOOK PROJECT 1


THE BOOK PROJECT 1 Series of Contemporary Original Writings
We are made up of student to working professionals.

PRICE RM22.00 (WM) / 24.00 (EM)

Untuk tempahan dah Pembelian Sila Hubungi:-
En. BJ - 016-719 4419
En. Othman Ahmad 012-7048224
atau Tel & Fax :07-2321223 (Various Channels Communications)

atau datang terus ke:-
Pejabat Various Channels Communications
Aras Bawah, Kompleks Pekan Rabu 81200 Johor Bahru
Waktu Pejabat : 9.00 pagi - 5.00 petang.

TAQWIM AT-TAQWA


TEMPAHAN DAN PEMBELIAN TAQWIM AT-TAQWA
RM20.00 (WM) / RM22.00 (EM)

BERSEDEKAH ITU AMAL IBADAH
Setiap unit pembelian TAQWIM AT-TAQWA, anda telah menyumbang RM 1.00 /S 1.00 / B 1.00 untuk kebajikan Islam.

Untuk tempahan dah Pembelian Sila Hubungi:-
En. BJ - 016-719 4419
En. Othman Ahmad 012-7048224
atau Tel & Fax :07-2321223 (Various Channels Communications)

atau datang terus ke:-
Pejabat Various Channels Communications
Aras Bawah, Kompleks Pekan Rabu 81200 Johor Bahru
Waktu Pejabat : 9.00 pagi - 5.00 petang.

Pembelian Buku-Buku Keluaran Various Channels Communications


Various Channels Communications menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku-buku keluaran kami sepertimana dibawah:-


1. A TRIBUTE TO DR. MAHATHIR MOHAMAD - RM 370.00(WM) / RM 390.00 (EM)
2. TAKWIM AT TAQWA - RM 20.00 (WM)/ RM 22.00 (EM)
3. THE BOOK PROJECT 1 - RM 22.00 (WM)/ RM 24.00 (EM)
4. BEFORE & AFTER Another Tribute to Dr. Mahathir - RM 274.00 (WM) / RM 294.00 (EM)
Publish Post
Untuk maklumat dan pembelian sila hubungi:
En. BJ - 016-719 4419
En. Othman Ahmad - 012-7048224
atau hubungi Pejabat kami di talian dibawah untuk tempahan:-
Tel & Fax: 07-232 1223

Bengkel Kesedaran "SEX & ANDA"

10. BENGKEL PENDIDIKAN “SEX DAN ANDA”

Bengkel “Sex dan Anda” ini merangkumi beberapa Modul yang akan diselaraskan oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang kaunseling, psikologi dan khidmat nasihat, bengkel ini juga menjadi medan penerangan dan jalinan diantara Kementerian Kebajikan Masyarakat dengan peserta secara langsung berkaitan sesi soal jawab dan penambahbaikkan bengkel di masa hadapan. Ianya merangkumi:-

i. Modul-modul yang telah diiktiraf oleh pihak World Health Organisation (WHO) dimana ianya diharap akan dapat menyumbang dari segi kefahaman pendidikan dan khidmat nasihat yang lebih terarah dan professional kepada peserta.

ii. Bengkel ini akan melantik Train of Trainer dari dalam dan luar Negara untuk memberikan kaunseling dan kefahaman tentang pendidikan sex, kaunseling dari sudut pandangan agama (Terbahagi mengikut Anutan Agama Peserta), Pendidikan moral dan gaya hidup sihat.

iii. Peserta bengkel kesedaran “Sex dan Anda” adalah terdiri daripada kalangan remaja, pekerja kilang, golongan professional, ibubapa dan penjaga.

iv. Memperluaskan Bengkel ini sekaligus dapat membantu agensi Kerajaan untuk menerangkan betapa bahayanya gejala sosial ini hingga boleh mengugat kestabilan Ekonomi Negara di masa hadapan.

Penerbitan Buku 3B

PENERBITAN BUKU “YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR” (3B)

iM Prihatin dengan kerjasama Various Channels Communications akan menerbitkan sebuah buku pendidikan untuk kesedaran sosial setebal lebih kurang 160 muka surat, Soft Cover yang berjudul “YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR” (Buku 3B).

Buku ini mengandungi pelbagai artikel yang merangkumi fakta dan kisah masalah sosial masyarakat kita masa kini yang merangkumi tiga (3) aspek:-

1.1. “YANG BUAS” - Mengisahkan ibubapa tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan yang bersikap bengis dan kejam bertindak memukul, menendang, memijak, mencederakan dan sehingga ke tahap niat untuk membunuh bayi iaitu zuriat mereka sendiri dan kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

1.2. “YANG TERBUANG” - Mengisahkan satu fenomena yang tidak berlaku pada binatang tetapi ianya dilakukan oleh manusia bersifat binatang yang bertopengkan manusia. Kerana alas an untuk menutup malu, mereka tergamak membuang zuriat mereka sendiri tanpa memperdulikan keadaan tempat, masa, masyarakat sekeliling dan keselamatan bayi tersebut.

1.3. “YANG TERBIAR” - Mengambarkan sikap segelintir ibubapa yang membiar dan mendedahkan anak-anak mereka kepada bahaya dengan membiarkan mereka atas alasan tidak berkemampuan untuk menyara anak-anak mereka. Kelibat ibubapa atau penjaga kepada kanak-kanak hilang entah ke mana. Terdapat juga anak-anak menghalau dan membiarkan ibubapa tanpa memperdulikan nasib mereka. Ada juga anak-anak yanh menghanar ibu atau bapa mereka ke Pusat Jagaan Warga Emas dan melepaskan tanggunjawab kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Jagaan sepenuhnya tanpa melawati dan bertanya khabar serta perkembangan ibu atau bapa mereka.

RUMUSAN

i) Melalui penerbitan buku 3B, ianya secara tidak langsung dapat mendidik dan membendung, mengawal serta mengurangkan lagi statistic gejala sosial yang kian meruncing di kalangan masyarakat kita pada masa kini.

Matlamat iM Prihatin

• Usaha ini dilihat sebagai sumbangan dan tanggungjawab iM Prihatin untuk bersama-sama pihak kerajaan mendidik masyarakat terutama golongan sasar terhadap isu pembuangan bayi.

• Memperkayakan pengetahuan dan keperihatinan kepada masyarakat terhadap pendidikan sex serta membantu memberikan motivasi dan kaunseling ke arah kehidupan yang sihat dan harmoni.

• Mengembangkan iM Prihatin kepada masyarakat di seluruh Malaysia di dalam usaha menwujudkan kesedaran membendung gejala sosial.

• Melalui ketiga-tiga elemen pendekatan iaitu penerbitan buku, pementasan teater dan penyelarasan bengkel ini diharap dapat bersama-sama membantu pihak kerajaan menjalankan misi kebajikan dalam pendidikan kepada masyarakat di dalam usaha untuk mengurangkan gejala sosial masa kini.

• Mengenalpasti golongan sasar iaitu remaja, pekerja industri, golongan professional dan ibu bapa di dalam menangani masalah sosial mengenai pembuangan bayi dan penderaan.

• Berusaha membantu rumah-rumah pelindungan di dalam memberikan kaunseling dan motivasi kepada golongan sasar tentang pentingnya kefahaman mengenai kehamilan dan penjagaan kesihatan bayi.

• Menawarkan semua Agensi Kerajaan dan Sektor Swasta serta Badan-badan bukan kerajaan @ NGO’s tidak kira apa juga portfolio dan bidang untuk bergerak bersama-sama iM Prihatin ke seluruh Malaysia demi menggerakkan objektif ini.

Thursday, December 2, 2010

Sentuhan Jiwa Murni

i M PRIHATIN sedang giat mencari penajaan dari semua agensi Kerajaan, Sektor Swasta dan orang perseorangan yang berminat untuk berkerjasama menyumbang bagi penerbitan buku YANG BUAS,TERBUANG,TERBIAR yang akan dikelolakan Tiga Badan iaitu :

1. Various Channels Communications
     (Penerbitan Buku, Teater, Bengkel Sex & Anda )

2. Dr. Salina Malar Abdullah
     (Bengkel Pendidikan Sex & Anda)

3. Persatua Teater KESUMA-i Johor Bahru
    (Teater Amal Medley Abang Abang Oh Abang)

i M PRIHATIN sangat mengalu-alukan kepada semua agensi kerajaan, sektor swasta dan orang perseorangan sekiranya berminat untuk berkerjasama sebagai penyumbang bagi tujuan bagi memupuk kesedaran tentang kes-kes pembuangan bayi dan gejala sosial masakini. jasabaik, bantuan, keprihatinan dan keikhlasan anda amat-amat dihargai, sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan IM Prihatin bolehlah menghubungi:-

Pejabat Urusan i M PRIHATIN
 d/a: Pejabat Koperasi Usahawan Pekan Rabu Johor Bahru Berhad,
 Aras Bawah,
Kompleks Pekan Rabu,
81200 Tampoi, Johor Bahru
Tel & Fax: 07-2321223, 
email : imprihatin@gmail.com
Blog : http://imprihatin.blogspot.com
Atau 
Hubungi Pegawai berikut :-
En. Muhamed Ali Mohamed Munji (BJ) : 016-7194419
En. Soekarno Talib : 016-7234419