Total Pageviews

Pengenalan

Pengenalan
Sedang dalam rangka penerbitan

iM PRIHATIN Sentuhan Jiwa Murni

iM PRIHATIN Sentuhan Jiwa Murni

Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan iM PRIHATIN

Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan iM PRIHATIN
Teraju Utama disebalik pembikin teater yang berkaitan dengan gejala sosial remaja

Mesyuarat Teknikal Teater Medley Abang Abang Oh Abang

Mesyuarat Teknikal Teater Medley Abang Abang Oh Abang
Diantara barisan Tenaga Produksi yang akan menjayakan teater berkaitan gejala sosial

Book's Cover Page

Book's Cover Page
Lagu ciptaan S. Atan untuk iM Prihatin

Tajaan dan Sumbangan

Tajaan dan Sumbangan
iM Prihatin : Demi Visi dan Misi Matlamat Penerbitan buku Yang Buas Terbuang Terbiar

Maklumat penerbit

Maklumat penerbit
antara koleksi yang bakal diterbitkan di masa hadapan

Koleksi buku-buku penerbitan

Koleksi buku-buku penerbitan
terbitan Various Channels Communications

Wawancara

Wawancara
Wawancara di Astro Prima

Thursday, June 9, 2011

Pertemuan Dengan YB. Datuk Haji Ayub Bin Rahmat, ADUN Kawasan Kemelah

iM Prihatin telah membuat kunjung hormat kepada YB. Datuk Haji Ayub Bin Rahmat, ADUN Kawasan Kemelah di pejabat beliau di Bandar Putra, Segamat, Johor pada 8hb. Jun 2011. iM Prihatin membawa hajat besar untuk bersama-sama dan menjemput YB. bagi menanggani isu gelaja sosial yang berlaku masakini. Di dalam pertemuan tersebut kami telah sampai pada jam 9.45 pagi dan disambut mesra oleh P.A. YB. iaitu Encik Acik, kami amat berterima kasih diatas layanan dan keperihatinan YB. terhadap isu gejala sosial, di dalam pertemuan ini iM Prihatin membincangkan dan memberi taklimat kepada YB. tentang program yang dirancang oleh iM Prihatin iaitu Penerbitan buku 3B, Pementasan teater dan Bengkel Pendidikan sex, di samping itu, membawa hasrat kami untuk menubuhkan sebuah persatuan.

Kami sangat terharu dengan layanan mesra daripada YB. Datuk Haji Ayub Bin Rahmat untuk menerima kunjung kami, beliau yang sentiasa perihatin dengan isu gejala sosial dan masalah rakyat disifatkan sebagai wira pada kami. sekali lagi ucapan penghargaan dan terima kasih untuk YB dan warga kerja DUN Kemelah.

Sunday, February 27, 2011

RESPON DARIPADA SYARIKAT DAN JABATAN

iM Prhatin telah pun menerima respon daripada Syarikat Petronas Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia untuk mengetahui perjalanan dan hala tuju iM Prihatin di dalam program kesedaran masyarakat tentang isu Gejala Sosial masakini, Warga iM Prihatin mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan dan kerjasama bagi daripada badan-badan berkenaan.

Untuk makluman semua, iM Prihatin masih terus giat menjalankan strategi untuk mencari lebih banyak penajaan untuk merealisasikan program yang akan dilaksanakan ini. bukan sesuatu yang mudah dan senang untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan seperti ini, dugaan dan cabaran sentiasa dihadapi oleh kami untuk merealisasikan perkara ini, namun ianya tidak menjadikan warga iM Prihatin lemah dan kami sentiasa akan teruskan misi dan visi yang telah dicapai bersama. 
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada persatuan-persatuan, syarikat-syarikat dan individu-individu yang senantiasa memberikan sokongan moral dan kerjasama dari segi penajaan dan sumbangan kepada kami untuk bergerak bersama melalui tiga (3) elemen iaitu Penerbitan Buku YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR (Buku 3B), Pementasan Teater Medley ABANG, ABANG OH ABANG dan Bengkel Kesedaran SEX & ANDA.
Sebarang pertanyaan dan Penajaan bolehlah menghubungi:
iM Prihatin
d/a Pejabat Koperasi Pekan Rabu Johor Bahru Berhad
Tingkat Bawah, Kompleks Pekan Rabu Johor Bahru
Batu 6, 81200 Tampoi, Johor Bahru
Tel & Fax : 07-232 1223
atau
En. Muhamed Ali bin Mohamed Munji (BJ)
016-719 4419

Tuesday, January 25, 2011

GIAT MENGHANTAR SURAT-SURAT TAJAAN

iM Prihatin kini sedang giat menghantar surat-surat Tajaan  kepada pihak yang berkenaan samada jabatan kerajaan mahupun  swasta demi melaksanakan tugas murni kami, segala bentuk penajaan bagi Penerbitan Buku  3B, Pementasan Teater dan Bengkel Kesedaran "Sex & Anda". sesungguhnya usaha iM Prihatin adalah untuk meneruskan misi kesedaran ini demi kepentingan masyarakat amnya. pihak kami juga akan terus mencari penajaan bagi matlamat merealisasikan program kepada masyarakat agar kesedaran terhadap gejala sosial ini dapat dikurangkan kerana ianya secara tidak langsung memberikan kesan jangka panjang terhadap psikologi masyarakat masakini. kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang membantu kami.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

iM Prihatin,
Tingkat Bawah, Korperasi Usahawan Pekan Rabu Johor BAhru Berhad,
Kompleks Pekan Rabu, Batu 6, 81200 Johor Bahru.
Tel & Fax : 07-232 1223 
atau hubungi En. Mohamed Ali Muhamad Munji - 016-719 4419

Monday, January 3, 2011

Pengenalan iM Prihatin

1.      PENGENALAN

1.1.          Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan penajaan bagi melaksanakan program kesedaran melalui tiga (3) elemen pendekatan iaitu penerbitan buku “Yang Buas, Terbuang Terbiar” (Buku 3B), Pementasan Teater Amal Abang Abang Oh Abang dan Bengkel pendidikan “Sex dan Anda”.

1.2.          Various Channels Communications merupakan sebuah syarikat penerbitan yang mencetuskan ide bagi penubuhan iM Prihatin menjadi sebuah organisasi kebajikan serta bertanggungjawab mendapatkan seberapa ramai penaja bagi menjalankan Pelaksanaan Program iM Prihatin untuk menjalankan misi kesedaran kepada masyarakat.

1.3.          Tertubuhnya iM Prihain dengan tag line “Sentuhan Jiwa Murni” akan menggalakkan semangat keperihatinan, kesedaran dan tanggungjawab menagani masalah gelaja sosial masakini.  

2.      OBJEKTIF

·         Menyumbang dan membantu di dalam usaha kerajaan membendung, mengawal dan mendidik masyarakat umum dalam mengurangkan masalah gejala sosial.

·         Berusaha menyatukan ketiga-tiga elemen pendekatan iaitu penerbitan buku, pementasan teater dan penyelarasan bengkel bagi memberikan impak positif kepada masyarakat di dalam usaha untuk mengurangkan gejala sosial yang kian meruncing masa kini.

·         Memberikan kesedaran tentang kehamilan di usia remaja dan bahaya sex tanpa perkahwinan yang memberikan kesan psikologi serta keruntuhan akhlak dalam masyarakat masa kini.

·         Meneraju satu transformasi sebagai organisasi printis terhadap tanggjungjawab sosial bagi membendung atau mengurangkan masalah gejala sosial masa kini bersama-sama badan-badan kebajikan bagi membantu kerajaan ke arah Negara bebas daripada gejala pembuangan bayi.

·         Membolehkan hasil penyelidikan digunakan untuk rujukan ilmu bagi pelajar, pensyarah dan masyarakat umum.

3.      MATLAMAT

·         Usaha ini dilihat sebagai sumbangan dan tanggungjawab iM Prihatin untuk bersama-sama pihak kerajaan mendidik masyarakat terutama golongan sasar terhadap isu pembuangan bayi.

·         Memperkayakan pengetahuan dan keperihatinan kepada masyarakat terhadap pendidikan sex serta membantu memberikan motivasi dan kaunseling ke arah kehidupan yang sihat dan harmoni. 

·         Mengembangkan iM Prihatin kepada masyarakat di seluruh Malaysia di dalam usaha menwujudkan kesedaran membendung gejala sosial.

·         Melalui ketiga-tiga elemen pendekatan iaitu penerbitan buku, pementasan teater dan penyelarasan bengkel ini diharap dapat bersama-sama membantu pihak kerajaan menjalankan misi kebajikan dalam pendidikan kepada masyarakat di dalam usaha untuk mengurangkan gejala sosial masa kini.

·         Mengenalpasti golongan sasar iaitu remaja, pekerja industri, golongan professional dan ibu bapa di dalam menangani masalah sosial mengenai pembuangan bayi dan penderaan.

·         Berusaha membantu rumah-rumah pelindungan di dalam memberikan kaunseling dan motivasi kepada golongan sasar tentang pentingnya kefahaman mengenai kehamilan dan penjagaan kesihatan bayi.

·         Menawarkan semua Agensi Kerajaan dan Sektor Swasta serta Badan-badan bukan kerajaan @ NGO’s tidak kira apa juga portfolio dan bidang untuk bergerak bersama-sama iM Prihatin ke seluruh Malaysia demi menggerakkan objektif ini. 

4.      RASIONAL

Program ini dianjurkan dengan rasionalnya bahawa golongan sasar berupaya membentuk diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang di samping sokongan masyarakat termasuk Kerajaan, Swasta dan badan-badan perlindungan serta Badan-badan bukan kerajaan @ NGO’s yang signifikan dalam kehidupan yang harmoni dan bebas dari gejala sosial.


5.      PERLAKSANAAN PROGRAM

5.1   Perancangan kami telah merancang program ini sejak awal bulan januari 2010. Idea untuk menjalankan program ini dicetuskan oleh iM Prihatin dan badan-badan NGO’s di Negeri Johor. Selain itu, perbincangan mengenai hala tuju program dengan beberapa pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan dengan buku, pementasan teater dan bengkel pendidikan sex bagi melicinkan proses perlaksanaan program. Oleh yang demikian, kami telah mengambil keputusan untuk manjalankan program ini dalam tempoh masa terdekat.

6.      KUMPULAN SASARAN

iM Prihatin mensasarkan masyarakat dari kalangan pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa-mahasiswa univerisiti, pekerja-pekerja kilang,  masyarakat luar Bandar dari semua lapisan masyarakat yang berbeza latar dan agama, serta para proesional dan ibu bapa bagi pendidikan sex yang akan dijalankan kelak. Program ini juga terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan kami mensasarkan kehadiran peserta bengkel seramai ialah 200 orang atau lebih bagi setiap sesi di seluruh Negeri.

7.      PROMOSI DAN SERANTA

Promosi yang akan dibuat meliputi media cetak sama ada melalui kertas bercetak (flyers), bannner, poster dan bunting, di akhbar Harian Metro, Berita Harian, Sinar, Kosmo dan New Straits Times  dalam ruangan khas atau tertentu yang tidak memerlukan kos yang tinggi.  Kami juga amat menekankan bahawa hebahan di media elektronik tidak perlu menuntut kos terlalu tinggi kerana tujuan murni ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dan iM Prihatin melaksanakan misi ini dengan segala bantuan dan sokongan daripada semua media eletronik dengan jasa baik dan kebenaran dari TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9 dan juga juruhebah Radio Malaysia Johor, Best 104, Era FM, Hot FM dan sebagainya.


8.      PENERBITAN BUKU “YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR” (3B)

iM Prihatin dengan kerjasama Various Channels Communications akan menerbitkan sebuah buku pendidikan untuk kesedaran sosial setebal lebih kurang 160 muka surat, Soft Cover  yang berjudul “YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR” (Buku 3B).

Buku ini mengandungi pelbagai artikel yang merangkumi fakta dan kisah masalah sosial masyarakat kita masa kini yang merangkumi tiga (3) aspek:-

8.1. “YANG BUAS” -     Mengisahkan ibubapa tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan yang bersikap bengis dan kejam bertindak memukul, menendang, memijak, mencederakan dan sehingga ke tahap niat untuk membunuh bayi iaitu zuriat mereka sendiri dan kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

8.2.  “YANG TERBUANG” -     Mengisahkan satu fenomena yang tidak berlaku pada binatang tetapi ianya dilakukan oleh manusia bersifat binatang yang bertopengkan manusia. Kerana alas an untuk menutup malu, mereka tergamak membuang zuriat mereka sendiri tanpa memperdulikan keadaan tempat, masa, masyarakat sekeliling dan keselamatan bayi tersebut.

8.3.   “YANG TERBIAR” -          Mengambarkan sikap segelintir ibubapa yang membiar dan mendedahkan anak-anak mereka kepada bahaya dengan membiarkan mereka atas alasan tidak berkemampuan untuk menyara anak-anak mereka. Kelibat ibubapa atau penjaga kepada kanak-kanak hilang entah ke mana. Terdapat juga anak-anak menghalau dan membiarkan ibubapa tanpa memperdulikan nasib mereka. Ada juga anak-anak yanh menghanar ibu atau bapa mereka ke Pusat Jagaan Warga Emas dan melepaskan tanggunjawab kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Jagaan sepenuhnya tanpa melawati dan bertanya khabar serta perkembangan ibu atau bapa mereka.

9.      PEMENTASAN TEATER AMAL MEDLEY “ABANG ABANG OH ABANG”


iM Prihatin, Various Channels Communications dan Persatuan Teater KESUMA-i Johor
Bahru (KESUMA-i) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri
Johor, Yayasan Warisan Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Majlis Kebudayaan Negeri
Johor dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru akan menganjurkan
Pementasan Teater Amal Berkonsepkan Medley bertajuk Abang, Abang Oh Abang.


9.1.        PENGENALAN PERSATUAN TEATER KESUMA-i JOHOR BAHRU


Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru ditubuhkan Sejak Tahun 2000  dengan nama 
grup Teater KESUMA-i dan bernaung di bawah Majlis Teater Negeri Johor (MTN Johor) dan
sekaligus dilantik menjadi Unit Produksi MTN Johor bertujuan untuk menggerakkan
kegiatan MTN Johor khususnya mengadakan Bengkel Teater dan Pementasan.


Program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun telah dilaksanakan atas inisiatif
Pengerusi dan ahli jawatankuasa untuk memberikan tunjuk ajar dalam permainan lakon
dan pengurusan teater kepada semua Kumpulan Teater yang terdapat di Negeri Johor dan
telah dimulai pada pertengahan Tahun 2000 sehinggalah kini. KESUMA ~ i telah 
melakarkan kejayaan demi kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan bagi mewakili
Negeri Johor di dalam memartabatkan kesenian teater.  


KESUMA-i senantiasa memberi ruang kepada jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta
yang berminat untuk berkerjasama dari masa ke semasa sebagai wadah menyampaikan
mesej berguna melalui pementasan kepada masyarakat.


Persatuan Teater KESUMA ~ i Johor Bahru, Johor atau KESUMA ~ i telah sah diterima
pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Negeri Johor pada 10hb. Januari 2007, dan
No. Pendaftarannya ialah : 0010-07-JHR. Di alamat : Blok 60, Unit 0126, Taman Ungku Tun
Aminah 81300 Skudai, Johor Bahru.


9.2.   PENGIKTIRAFAN KESUMA-i


Persatuan Teater KESUMA-i  Johor  Bahru  telah  berjaya  mengharumkan  nama negeri
johor dan mendapat pujian daripada agensi-agensi kerajaan sepertimana berikut:- 


·         Melahirkan 28 orang Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan Budaya Anjuran
Jabatan Latihan Khidmat Negara & Dewan Bahasa dan Pustaka.


·         Melahirkan 16 orang jurulatih bertaraf Jurulatih Seni Budaya Negara Tahap 1& 2 ( 13
Jurulatih Teater dan 3 Jurulatih Tari). 


·         Diiktiraf satu-satunya persatuan teater yang paling aktif mengembangkan aktiviti
berbengkel sepanjang tahun.


Senarai Pegawai-Pegawai dan Ahli Jawatankuasa KESUMA-i 2010/2013:


Pengerusi                    : Mohd Razif bin Hj Adnan.
Timbalan Pengerusi   : Sahfeyah Binti Hj. Sunok 
Setiausaha                   : Othman bin Ahmad.
Penolong Setiausaha : Norhafidah binti Buang. 
Bendahari                    : Rosita Mohd Anim.


Ahli Jawatan Kuasa   


Norazah binti Abdul Aziz.
Nur Khaleeda binti Ismail
Mohd Faiz bin Abdul Samad.
Norazmi bin Bahron.
Mahsuri binti Tahir.
Juliana binti Hashim.
Mohd Adib bin Ajmain.

10.    BENGKEL PENDIDIKAN “SEX DAN ANDA”

Bengkel “Sex dan Anda” ini merangkumi beberapa Modul yang akan diselaraskan oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang kaunseling, psikologi dan khidmat nasihat, bengkel ini juga menjadi medan penerangan dan jalinan diantara Kementerian Kebajikan Masyarakat dengan peserta secara langsung berkaitan sesi soal jawab dan penambahbaikkan bengkel di masa hadapan. Ianya merangkumi:-


i.  Modul-modul yang telah diiktiraf oleh pihak World Health Organisation (WHO)  dimana ianya diharap akan dapat menyumbang dari segi kefahaman pendidikan   dan khidmat nasihat yang lebih terarah dan professional kepada peserta.


ii.   Bengkel ini akan melantik Train of Trainer dari dalam dan luar Negara untukmemberikan kaunseling dan kefahaman tentang pendidikan sex, kaunseling dari    sudut pandangan agama (Terbahagi mengikut Anutan Agama Peserta), Pendidikan  moral dan gaya hidup sihat.


iii.   Peserta bengkel kesedaran “Sex dan Anda” adalah terdiri daripada kalangan       remaja, pekerja kilang, golongan professional, ibubapa dan penjaga.


iv.  Memperluaskan Bengkel ini sekaligus dapat membantu agensi Kerajaan untuk      menerangkan betapa bahayanya gejala sosial ini hingga boleh mengugat kestabilan Ekonomi Negara di masa hadapan.

11.    PELANCARAN BUKU “ (3B), PEMENTASAN TEATER & BENGKEL


I.      Pelancaran Buku – Sehari 
Penjualan dilakukan selama 3 hari ketika pementasan & Bengkel.
(Dirasmikan oleh Perdana Menteri atau Menteri)


II.   Pementasan Teater  - Selama 3 Hari (4 Kali Pementasan)
Hari pertama (Bersama Pelancaran Buku dan Bengkel).


III.  Bengkel berlangsung selama tiga (3) hari
4 tajuk dibincangkan pada hari pertama dan terakhir bengkel
-  6 tajuk dibincangkan pada hari kedua bengkel

12.    RANGKAIAN KERJASAMA
           
            iM Prihatin sangat mengalu-alukan kerjasama dari pelbagai pihak dan kini pihak kami sedang dalam rangka mendapatkan sokongan dan penajaan daripada senarai sepertimana berikut:-

            12.1.   Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
12.2.   Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.
            12.3.   Kementerian Pelajaran Malaysia.
            12.4.   Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
            12.5.   Kementerian Kesihatan Malaysia.
            12.6.   Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
            12.7.   Kementerian-kementerian Malaysia.
            12.8.   Kerajaan Negeri-Negeri.
            12.9.   Syarikat-Syarikat Minyak (Petronas, Exxon Mobil, Shell)
            12.10. Sektor Awam, Industri & Korporat.
            12.11. UMNO Malaysia & Ahli-Ahli Exco dan DUN Negeri-Negeri.
            12.12. NGO’s-NGO’s Kebajikan.
12.13. Syarikat-syarikat Penyiaran
           

13.    PENAJAAN DAN SUMBANGAN


Segala pembiayaan kos penerbitan pementasan teater dan bengkel adalah daripada hasil jualan buku 3B dan juga sumbangan daripada badan-badan korporat dan sektor swasta.


 40% daripada sumbangan penajaan tersebut akan diagihkan oleh pihak berkuasa kepada mereka yang layak menerimanya. 


Pelbagai usaha sedang dijalankan bagi mendapatkan seberapa ramai lagi para penaja
untuk menyumbang bagi tujuan membiayai kos penerbitan teater dan bengkel serta memastikan lebih ramai lagi remaja akan dapat menafaat pelaksanaan bengkel tersebut. 


Penajaan terbahagi kepada 4 bahagian sepertimana berikut:-


Penaja Emas        -        RM 50,000.00 (Terima 500 Naskah Buku 3B)
Penaja Perak       -        RM 30,000.00 (Terima 300 Naskah Buku 3B)
Penaja Gangsa    -        RM 15,000.00 (Terima 150 Naskah Buku 3B)
Individu                -        RM   5,000.00 (Terima 50 Naskah Buku 3B)


Sumbangan boleh di salurkan atas nama Various Channels Communications melalui No. Akaun Maybank berhad No. 51484214332

14.    TEMPAT PELAKSANAAN PELANCARAN BUKU, TEATER & BENGKEL
Pelaksanaan tempat pelancaran ke tiga-tiga elemen program ini melibatkan empat belas (14) buah Negeri di seluruh Malaysia sepertimana barikut:-

14.1  Tempoh Pelancaran ke tiga-tiga elemen program ini terbahagi
kepada tiga fasa:-

142. Fasa 1 adalah tinjauan awal tentang lokasi, informan dan penyebaran bahan kajian pada bermula Bulan Februari 2011 di mulakan di Negeri Johor diikuti setiap negeri pada setiap dua (2) bulan sekali.

14.3.   Fasa II adalah sesi memantapkan pergerakan iM Prihatin Road tour berlangsung selama lima (3) tahun, iaitu sepanjang tahun 2011 – 2013 ke setiap negeri-negeri dan daerah-daerah.

14.4. Fasa III adalah fasa pelaksanaan program hasil kajian yang dijalankan iM Prihatin sepanjang tahun 2011 – 2013, di setiap negeri-negeri.

15.    MASA & TARIKH  PELAKSANAAN PELANCARAN BUKU, TEATER & BENGKEL



iM Prihatin amat berbesar hati untuk melancarkan Logo iM Prihatin ketika Majlis Pelancaran melalui tiga (3) elemen program ini yang diharap dapat disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Tarikh dan Masa adalah sepertimana berikut:-


Tarikah          :           18hb Februari 2011
Tempat           :           Auditorium Sultan Iskandar, RTM Johor Bahru.
Masa               :           8.30 malam

16.    JADUAL PERJALANAN PROGRAM PERINGKAT  KEBANGSAAN
(SELURUH NEGERI) – TIGA (3) TAHUN

iM Prihatin melalui tiga (3) elemen program ini meliputi jadual perjalanan menuju ke bandar utama ke negeri bermula dari bulan Februari 2011 bermula di negeri johor. Persiapan program selama 2 bulan melibatkan ke Buku 3B, Pementasan Teater dan Bengkel Kesedaran “Sex dan Anda”perlu dilakukan dengan teliti agar tidak bercanggah dengan peraturan dan jadual menteri-menteri terlibat. Jadual perjalanan mulai Februari 2011 hingga Februari 2013.

(2 bulan sekali bagi PRORAM Buku 3B, Pementasan Teater dan Bengkel Kesedaran Sex ke setiap negeri selama 3 hari).

  19.    KESIMPULAN

Berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang telah kami ada, kami yakin dan percaya bahawa iM Prihatin melalui tiga (3) elemen pendekatan ini  kelak dapat mendidik masyarakat dan memberi makna kepada kehidupan yang lebih sihat dan harmoni bebas daripada gejala sosial kepada negara Malaysia amnya.  


Oleh itu kami memerlukan sokongan yang kukuh untuk merealisasi cita-cita bersama. Sokongan membawa maksud kebenaran, kelulusan, penyertaan dan penajaan yang munasabah daripada pihak Kerajaan Malaysia, Jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta,NGO’s dan semua yang terlibat untuk merealisasikan program ini. 

Thursday, December 30, 2010

THE BOOK PROJECT 1


THE BOOK PROJECT 1 Series of Contemporary Original Writings
We are made up of student to working professionals.

PRICE RM22.00 (WM) / 24.00 (EM)

Untuk tempahan dah Pembelian Sila Hubungi:-
En. BJ - 016-719 4419
En. Othman Ahmad 012-7048224
atau Tel & Fax :07-2321223 (Various Channels Communications)

atau datang terus ke:-
Pejabat Various Channels Communications
Aras Bawah, Kompleks Pekan Rabu 81200 Johor Bahru
Waktu Pejabat : 9.00 pagi - 5.00 petang.

TAQWIM AT-TAQWA


TEMPAHAN DAN PEMBELIAN TAQWIM AT-TAQWA
RM20.00 (WM) / RM22.00 (EM)

BERSEDEKAH ITU AMAL IBADAH
Setiap unit pembelian TAQWIM AT-TAQWA, anda telah menyumbang RM 1.00 /S 1.00 / B 1.00 untuk kebajikan Islam.

Untuk tempahan dah Pembelian Sila Hubungi:-
En. BJ - 016-719 4419
En. Othman Ahmad 012-7048224
atau Tel & Fax :07-2321223 (Various Channels Communications)

atau datang terus ke:-
Pejabat Various Channels Communications
Aras Bawah, Kompleks Pekan Rabu 81200 Johor Bahru
Waktu Pejabat : 9.00 pagi - 5.00 petang.

Pembelian Buku-Buku Keluaran Various Channels Communications


Various Channels Communications menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku-buku keluaran kami sepertimana dibawah:-


1. A TRIBUTE TO DR. MAHATHIR MOHAMAD - RM 370.00(WM) / RM 390.00 (EM)
2. TAKWIM AT TAQWA - RM 20.00 (WM)/ RM 22.00 (EM)
3. THE BOOK PROJECT 1 - RM 22.00 (WM)/ RM 24.00 (EM)
4. BEFORE & AFTER Another Tribute to Dr. Mahathir - RM 274.00 (WM) / RM 294.00 (EM)
Publish Post
Untuk maklumat dan pembelian sila hubungi:
En. BJ - 016-719 4419
En. Othman Ahmad - 012-7048224
atau hubungi Pejabat kami di talian dibawah untuk tempahan:-
Tel & Fax: 07-232 1223

Bengkel Kesedaran "SEX & ANDA"

10. BENGKEL PENDIDIKAN “SEX DAN ANDA”

Bengkel “Sex dan Anda” ini merangkumi beberapa Modul yang akan diselaraskan oleh pakar-pakar yang mahir dalam bidang kaunseling, psikologi dan khidmat nasihat, bengkel ini juga menjadi medan penerangan dan jalinan diantara Kementerian Kebajikan Masyarakat dengan peserta secara langsung berkaitan sesi soal jawab dan penambahbaikkan bengkel di masa hadapan. Ianya merangkumi:-

i. Modul-modul yang telah diiktiraf oleh pihak World Health Organisation (WHO) dimana ianya diharap akan dapat menyumbang dari segi kefahaman pendidikan dan khidmat nasihat yang lebih terarah dan professional kepada peserta.

ii. Bengkel ini akan melantik Train of Trainer dari dalam dan luar Negara untuk memberikan kaunseling dan kefahaman tentang pendidikan sex, kaunseling dari sudut pandangan agama (Terbahagi mengikut Anutan Agama Peserta), Pendidikan moral dan gaya hidup sihat.

iii. Peserta bengkel kesedaran “Sex dan Anda” adalah terdiri daripada kalangan remaja, pekerja kilang, golongan professional, ibubapa dan penjaga.

iv. Memperluaskan Bengkel ini sekaligus dapat membantu agensi Kerajaan untuk menerangkan betapa bahayanya gejala sosial ini hingga boleh mengugat kestabilan Ekonomi Negara di masa hadapan.

Penerbitan Buku 3B

PENERBITAN BUKU “YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR” (3B)

iM Prihatin dengan kerjasama Various Channels Communications akan menerbitkan sebuah buku pendidikan untuk kesedaran sosial setebal lebih kurang 160 muka surat, Soft Cover yang berjudul “YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR” (Buku 3B).

Buku ini mengandungi pelbagai artikel yang merangkumi fakta dan kisah masalah sosial masyarakat kita masa kini yang merangkumi tiga (3) aspek:-

1.1. “YANG BUAS” - Mengisahkan ibubapa tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan yang bersikap bengis dan kejam bertindak memukul, menendang, memijak, mencederakan dan sehingga ke tahap niat untuk membunuh bayi iaitu zuriat mereka sendiri dan kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

1.2. “YANG TERBUANG” - Mengisahkan satu fenomena yang tidak berlaku pada binatang tetapi ianya dilakukan oleh manusia bersifat binatang yang bertopengkan manusia. Kerana alas an untuk menutup malu, mereka tergamak membuang zuriat mereka sendiri tanpa memperdulikan keadaan tempat, masa, masyarakat sekeliling dan keselamatan bayi tersebut.

1.3. “YANG TERBIAR” - Mengambarkan sikap segelintir ibubapa yang membiar dan mendedahkan anak-anak mereka kepada bahaya dengan membiarkan mereka atas alasan tidak berkemampuan untuk menyara anak-anak mereka. Kelibat ibubapa atau penjaga kepada kanak-kanak hilang entah ke mana. Terdapat juga anak-anak menghalau dan membiarkan ibubapa tanpa memperdulikan nasib mereka. Ada juga anak-anak yanh menghanar ibu atau bapa mereka ke Pusat Jagaan Warga Emas dan melepaskan tanggunjawab kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Jagaan sepenuhnya tanpa melawati dan bertanya khabar serta perkembangan ibu atau bapa mereka.

RUMUSAN

i) Melalui penerbitan buku 3B, ianya secara tidak langsung dapat mendidik dan membendung, mengawal serta mengurangkan lagi statistic gejala sosial yang kian meruncing di kalangan masyarakat kita pada masa kini.

Matlamat iM Prihatin

• Usaha ini dilihat sebagai sumbangan dan tanggungjawab iM Prihatin untuk bersama-sama pihak kerajaan mendidik masyarakat terutama golongan sasar terhadap isu pembuangan bayi.

• Memperkayakan pengetahuan dan keperihatinan kepada masyarakat terhadap pendidikan sex serta membantu memberikan motivasi dan kaunseling ke arah kehidupan yang sihat dan harmoni.

• Mengembangkan iM Prihatin kepada masyarakat di seluruh Malaysia di dalam usaha menwujudkan kesedaran membendung gejala sosial.

• Melalui ketiga-tiga elemen pendekatan iaitu penerbitan buku, pementasan teater dan penyelarasan bengkel ini diharap dapat bersama-sama membantu pihak kerajaan menjalankan misi kebajikan dalam pendidikan kepada masyarakat di dalam usaha untuk mengurangkan gejala sosial masa kini.

• Mengenalpasti golongan sasar iaitu remaja, pekerja industri, golongan professional dan ibu bapa di dalam menangani masalah sosial mengenai pembuangan bayi dan penderaan.

• Berusaha membantu rumah-rumah pelindungan di dalam memberikan kaunseling dan motivasi kepada golongan sasar tentang pentingnya kefahaman mengenai kehamilan dan penjagaan kesihatan bayi.

• Menawarkan semua Agensi Kerajaan dan Sektor Swasta serta Badan-badan bukan kerajaan @ NGO’s tidak kira apa juga portfolio dan bidang untuk bergerak bersama-sama iM Prihatin ke seluruh Malaysia demi menggerakkan objektif ini.

Thursday, December 2, 2010

Sentuhan Jiwa Murni

i M PRIHATIN sedang giat mencari penajaan dari semua agensi Kerajaan, Sektor Swasta dan orang perseorangan yang berminat untuk berkerjasama menyumbang bagi penerbitan buku YANG BUAS,TERBUANG,TERBIAR yang akan dikelolakan Tiga Badan iaitu :

1. Various Channels Communications
     (Penerbitan Buku, Teater, Bengkel Sex & Anda )

2. Dr. Salina Malar Abdullah
     (Bengkel Pendidikan Sex & Anda)

3. Persatua Teater KESUMA-i Johor Bahru
    (Teater Amal Medley Abang Abang Oh Abang)

i M PRIHATIN sangat mengalu-alukan kepada semua agensi kerajaan, sektor swasta dan orang perseorangan sekiranya berminat untuk berkerjasama sebagai penyumbang bagi tujuan bagi memupuk kesedaran tentang kes-kes pembuangan bayi dan gejala sosial masakini. jasabaik, bantuan, keprihatinan dan keikhlasan anda amat-amat dihargai, sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan IM Prihatin bolehlah menghubungi:-

Pejabat Urusan i M PRIHATIN
 d/a: Pejabat Koperasi Usahawan Pekan Rabu Johor Bahru Berhad,
 Aras Bawah,
Kompleks Pekan Rabu,
81200 Tampoi, Johor Bahru
Tel & Fax: 07-2321223, 
email : imprihatin@gmail.com
Blog : http://imprihatin.blogspot.com
Atau 
Hubungi Pegawai berikut :-
En. Muhamed Ali Mohamed Munji (BJ) : 016-7194419
En. Soekarno Talib : 016-7234419