Total Pageviews

Pengenalan

Pengenalan
Sedang dalam rangka penerbitan

iM PRIHATIN Sentuhan Jiwa Murni

iM PRIHATIN Sentuhan Jiwa Murni

Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan iM PRIHATIN

Ahli-Ahli Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru dan iM PRIHATIN
Teraju Utama disebalik pembikin teater yang berkaitan dengan gejala sosial remaja

Mesyuarat Teknikal Teater Medley Abang Abang Oh Abang

Mesyuarat Teknikal Teater Medley Abang Abang Oh Abang
Diantara barisan Tenaga Produksi yang akan menjayakan teater berkaitan gejala sosial

Book's Cover Page

Book's Cover Page
Lagu ciptaan S. Atan untuk iM Prihatin

Tajaan dan Sumbangan

Tajaan dan Sumbangan
iM Prihatin : Demi Visi dan Misi Matlamat Penerbitan buku Yang Buas Terbuang Terbiar

Maklumat penerbit

Maklumat penerbit
antara koleksi yang bakal diterbitkan di masa hadapan

Koleksi buku-buku penerbitan

Koleksi buku-buku penerbitan
terbitan Various Channels Communications

Wawancara

Wawancara
Wawancara di Astro Prima

Thursday, December 30, 2010

Penerbitan Buku 3B

PENERBITAN BUKU “YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR” (3B)

iM Prihatin dengan kerjasama Various Channels Communications akan menerbitkan sebuah buku pendidikan untuk kesedaran sosial setebal lebih kurang 160 muka surat, Soft Cover yang berjudul “YANG BUAS, TERBUANG TERBIAR” (Buku 3B).

Buku ini mengandungi pelbagai artikel yang merangkumi fakta dan kisah masalah sosial masyarakat kita masa kini yang merangkumi tiga (3) aspek:-

1.1. “YANG BUAS” - Mengisahkan ibubapa tanpa perikemanusiaan dan belas kasihan yang bersikap bengis dan kejam bertindak memukul, menendang, memijak, mencederakan dan sehingga ke tahap niat untuk membunuh bayi iaitu zuriat mereka sendiri dan kepada kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

1.2. “YANG TERBUANG” - Mengisahkan satu fenomena yang tidak berlaku pada binatang tetapi ianya dilakukan oleh manusia bersifat binatang yang bertopengkan manusia. Kerana alas an untuk menutup malu, mereka tergamak membuang zuriat mereka sendiri tanpa memperdulikan keadaan tempat, masa, masyarakat sekeliling dan keselamatan bayi tersebut.

1.3. “YANG TERBIAR” - Mengambarkan sikap segelintir ibubapa yang membiar dan mendedahkan anak-anak mereka kepada bahaya dengan membiarkan mereka atas alasan tidak berkemampuan untuk menyara anak-anak mereka. Kelibat ibubapa atau penjaga kepada kanak-kanak hilang entah ke mana. Terdapat juga anak-anak menghalau dan membiarkan ibubapa tanpa memperdulikan nasib mereka. Ada juga anak-anak yanh menghanar ibu atau bapa mereka ke Pusat Jagaan Warga Emas dan melepaskan tanggunjawab kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Pusat Jagaan sepenuhnya tanpa melawati dan bertanya khabar serta perkembangan ibu atau bapa mereka.

RUMUSAN

i) Melalui penerbitan buku 3B, ianya secara tidak langsung dapat mendidik dan membendung, mengawal serta mengurangkan lagi statistic gejala sosial yang kian meruncing di kalangan masyarakat kita pada masa kini.

No comments: